Sukacita dimaklumkan Program Mobile Community Services sedang berlangsung di daerah Sandakan bermula 26hb - 27hb Oktober 2019 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Sehubungan itu, JANM Cawangan Sandakan akan membuka booth semakan WTD dan menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada orang awam melalui penerangan berkaitan WTD, kaunter semakan dan prosedur tuntutan bayaran balik WTD dalam program tersebut. Orang ramai dijemput untuk hadir ke program ini bagi membuat semakan di Kaunter JANM Cawangan Sandakan.