Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
2.          Bahagian Khidmat Perunding (BKP) sedang menjalankan kajian awal untuk pelaksanaan inisiatif di bawah BSP ini yang melibatkan pengumpulan maklumat pelaksanaan terimaan secara elektronik di Kerajaan Persekutuan.
3.       Sehubungan itu, sukacita kerjasama tuan/puan sebagai pejabat pemungut dan pejabat pemungut utama/kecil adalah dipohon untuk melengkapkan maklumat menggunakan format yang telah diselaraskan melalui portal JANM Cawangan Sandakan atau pautan link berikut: 
Panduan pengisian templat disertakan bersama untuk rujukan.
4.    Sebagai makluman, sebarang perubahan yang dilakukan dalam spreadsheet akan terus disimpan dalam sistem walaupun tuan/ puan tidak SAVE.
5. Maklumat ini perlu dilengkapkan selewat-lewatnya 10 Januari 2020 (Jumaat) sebelum jam 11.30 tengahari. Sebarang pertanyaan lanjut tuan/ puan boleh berhubung terus dengan UKPP Sandakan di talian 089-668331 atau Bahagian Khidmat Perunding (BKP) Puan Sunita binti Mohd Sari di talian 03-88869702 atau Puan Nor Nadira binti Ahmad Naser di talian 03-88869539. Perhatian dan tindakan tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian,terima kasih.