Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023 akan diadakan bermula 20 Oktober 2023 (Jumaat) sehingga 20 November 2023 (Isnin). Sehubungan itu, mohon kerjasama Tuan/ Puan untuk menjemput PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan masing-masing untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF). Tuan/ Puan boleh membuat hebahan melalui medium yang bersesuaian seperti portal, telefon dan emel kepada PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan masing-masing. 

Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023 adalah seperti berikut: 

https://forms.gle/FPMVZComvmSCQAV36

Untuk makluman Tuan/ Puan, cadangan bagi responden yang menjawab kajian ini bagi setiap JANM Negeri/ Cawangan adalah JANM Negeri (Mega) minimum seramai 200 orang, JANM Negeri (Sederhana) minimum seramai 150 orang manakala JANM Cawangan (Kecil) minimum seramai 50 orang. Dijemput juga Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) untuk menghebahkan kajian ini kepada PTJ di bawah seliaan Tuan/ Puan dan minimum responden yang menjawab seramai 150 orang