Pada 18 Ogos 2025, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Sandakan telah menerima kunjungan tiga (3) orang Pegawai Pemeriksa Aset Alih dari JANM Tawau bagi melaksanakan pemeriksaan aset alih kerajaan. Pihak JANM Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas teguran serta pandangan membina yang telah diberikan. Segala cadangan tersebut akan dijadikan panduan dalam usaha penambahbaikan pengurusan aset di JANM Sandakan.