Sandakan, 18 September 2025 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sandakan dengan kerjasama Hospital Duchess of Kent dan Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PSA) telah menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Ruang Lobi, Bangunan Persekutuan Sandakan.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu bertujuan menyokong usaha Hospital Duchess of Kent dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, di samping meningkatkan kesedaran sivik serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan penjawat awam.
Seramai 40 penderma darah telah menyertai program ini yang turut dimeriahkan dengan sesi taklimat kesihatan, jamuan ringan dan agihan goodies bag kepada peserta.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen JANM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta memperkukuh semangat kebersamaan antara agensi kerajaan dan PSA.




