Sandakan, 11 Okt — Hari Sukan Negara 2025 telah berlangsung meriah di Kompleks Sukan Sandakan dengan kehadiran masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat umur. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sandakan turut menyertai program berkenaan sebagai sokongan terhadap usaha membudayakan sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Program bermula seawal jam 7.00 pagi dengan acara senamrobik beramai-ramai, diikuti aktiviti seperti Larian Santai 5KM, pertandingan futsal, bola jaring, zumba serta pameran kesihatan. Penglibatan JANM Sandakan turut memeriahkan suasana dan menggalakkan pembudayaan kecergasan dalam kalangan warga jabatan.
Program berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta penghargaan kepada semua agensi dan peserta yang terlibat. Penganjuran Hari Sukan Negara 2025 di Sandakan disifatkan berjaya dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan.




