Sandakan, 26 November 2025 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sandakan telah menganjurkan Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun (PAT) 2025 di Dewan Kuliah, Politeknik Sandakan Education Hub.
Program bermula dengan pendaftaran dan sarapan pagi, diikuti majlis pembukaan pada jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu rasmi, bacaan doa oleh En. Asran bin Apong serta bacaan ikrar oleh En. Henry bin Arala. Pengarah JANM Cawangan Sandakan, Pn. Masniah binti Lagaining, turut menyampaikan ucapan alu-aluan.
Sesi taklimat melibatkan penyampaian daripada Unit Dana, Unit Akaun, Unit Gaji, Unit Aset serta Seksyen Pemantauan. Sesi soal jawab diadakan sebelum program ditutup dengan jamuan makan tengah hari.
Taklimat ini bertujuan memastikan semua PTJ melaksanakan proses penutupan akaun tahunan dengan teratur, tepat dan mematuhi garis panduan semasa.




