Sandakan, 1 Mac 2026 — Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Sandakan telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan pengimarahan komuniti sempena bulan Ramadan.
Sebanyak 400 pek bubur lambuk telah berjaya disediakan dan diagihkan kepada beberapa masjid dan surau berhampiran JANM Sandakan. Antara lokasi agihan termasuk Masjid PPR Labuk, Masjid Merpati, Masjid PPR Murni, Masjid Taman Fajar, Masjid Sungai Kayu, Masjid PPR Batu Putih, Masjid Sondokung serta Surau Taman Aman Jaya.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga JANM Sandakan dan masyarakat setempat di samping menyemarakkan semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen JANM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada komuniti sekitar.
Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk nilai kebersamaan serta semangat prihatin dalam kalangan masyarakat.




