SANDAKAN, 4 Februari 2026 – Satu program saringan kesihatan telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kawasan Sandakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sandakan.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan pengesanan awal risiko kesihatan dalam kalangan kakitangan.




