
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Sandakan telah menerima Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada JANM Tawau.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik serta idea-idea penambahbaikan dalam pelaksanaan EKSA, di samping memperkukuh budaya kerja yang kondusif, kemas, teratur dan sistematik dalam persekitaran organisasi.
Pihak JANM Sandakan amat menghargai kunjungan dan perkongsian yang telah diberikan oleh warga JANM Tawau. Semoga jalinan kerjasama serta perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan pelaksanaan EKSA secara berterusan.
🤝 Bersama Memperkasa EKSA, Membudayakan Kecemerlangan!



