Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

 

SANDAKAN, 11–12 September 2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sandakan telah mengadakan Kursus Keselamatan dan Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sandakan yang melibatkan semua kakitangan JANM Sandakan.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kakitangan mengenai aspek keselamatan di tempat kerja, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan serta insiden kebakaran. Kursus ini juga merupakan usaha berterusan jabatan dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

Melalui kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sandakan, kakitangan berpeluang menambah pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, prosedur keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Diharapkan agar pelaksanaan kursus ini dapat memupuk budaya mengutamakan keselamatan dalam kalangan warga JANM Sandakan, di samping meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan bertindak secara berkesan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

JANM Sandakan komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kerja sentiasa menjadi keutamaan.