JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SANDAKAN telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 27 Jun 2019 bertempat di ruang legar Tingkat 2, Wisma Persekutuan Sandakan.
Program ini adalah salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan mahu pun aduan. Selain itu, program ini dapat memberi ruang pelanggan mengetahui maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, program ini adalah sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej jabatan.
Pelanggan yang hadir terdiri daripada PTJ dan agensi seramai 107 orang.